assalamualaikum,
Post aku yang pertama. Excited. Takut pun ada. Takut jika mesejnya tidak sampai atau lebih teruk jika ia disalahertikan. Semoga tangan ini dipelihara daripada menaip perkara yang dosa.
Kali ini ingin kubawa semua kembali 4 bulan yang lepas. Ketika debaran aku menunggu keputusan penempatan kerja aku. Gelabah. Sampai muntah-muntah. Hati tak tenang. Prioriti aku adalah untuk berada di bumi Cork supaya aku tak terpisah dengan isteri. Susah untuk kami hidup berasingan tatkala baru menjangkau 11 bulan perkahwinan. Pada masa yang sama, aku cuba untuk dapatkan tempat yang baik untuk masa depan kerjayaku.
Berita gembira. Aku ditempatkan ke Bon Secours Cork untuk 'medicine' dan Cork University Hospital untuk 'surgery' dan 'Obs n gynae'. Doaku dikabulkan Allah. Syukur !! Kemudian kucuba untuk menelefon semua sahabat-sahabatku. Masing-masing gembira. Namun ada yang berduka. Hajat tak kesampaian. Biasalah tu, fitrah manusia.
Di sini aku ingin bercerita. Cerita yang aku rasa tidak patut berlaku. Tapi aku ingin dahulu memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang terlibat. Aku tak bermaksud untuk menyalahkan atau memalukan sesiapa. Hanya peringatan untuk semua.
Setiap kali ditanya di mana aku dapat tawaran, aku menjawab dengan riang ria ,' aku dapat bons'. Tanda syukurnya aku. Ramai yang gembira dengan aku. Tak perlu berpisah dengan isteri selama setahun. Namun banyak jawapan yang amat memedihkan ,"bons? bons tak berapa bagus, susah nak dapat kerja lepas ni", " bons? ko apply bons ke?. hmmm..", "ooo, si anu pun dapat bons, tapi dia sedih gile", Ini mungkin bukan ayat sebenar yang digunakan tapi inilah isi yang tersirat yang kufaham. Pedih!
Keutamaan aku di kala ini adalah menjaga isteri aku yang kini baru di tahun 4 perubatan. Semua orang tahu. Mungkin tidak sedar. Aku maafkan. Aku tak mahu beremosi. Cuma satu soalan. Mana adab sopan kita?
Mari kita ambil contoh lain. Contoh yang kucuba reka.
Suatu hari si A bercerita tentang kerjaya ayahnya kepada B. Ayahnya peguam. Si A kelihatan gembira dan bangga dengan ayahnya. Setelah habis bercerita, si B pun respons, " Oh peguam, aku rasa peguam bukan kerja yang baik. Banyak tipu. Kena defend penjenayah kadang-kadang. Hmmm .. ntahlah.. bla .. bla.. bla.. ". Ada betulnya jawapan si B tapi kenakah pada tempatnya?
Ada benarnya kata-kata yang diajukan kepadaku. Malah aku telah lama tahu. Bon Secours adalah hospital 'private'. Banyak kurangnya. Tapi aku tidak rasa aku mahu mendengar perkara yang negatif sebelum melangkah ke alam baru. 6 bulan aku kena berada di sana. Kuterus berpegang perkara yang positif. Aku gembira. Gembira sehingga sekarang. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana.
Sehingga kini, aku masih diajukan kata-kata yang sama. Entahlah.. apa-apapun, hanya aku faham apa yang ingin kucapai dalam hidup aku. Mungkinkah aku juga pernah berbuat perkara yang sama kepada orang lain tanpa sedar? Manusia, bila dah kena baru sedar. Jom kawan-kawan kita berubah. Jaga bahasa kita. Hormati kawan kita.
Jumpa di lain masa!
Hidup dan mati untuk Islam
Ibnu Azmi
Wilton, Cork
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
welcome dear! jgn lupa update selalu. sayang nak baca. hehe
lamanya tak update!!
Post a Comment